1) Jus mangga (4 cawan)
2) Yogurt (1 cawan)
3) Susu segar (1 cawan)
4) Serbuk kayu manis (3/4 sudu kecil)
5) Esen vanilla (3/4 sudu kecil)
Kaedahnya membuatnya, mudah sahaja. Curahkan jus mangga kedalam pengisar bersama semua bahan-bahan yang lain – susu segar, yoghurt, esen vanilla dan serbuk kayu manis. Tutup dan kisar sebati bahan-bahan ini.
Lassi mangga yang berkrim ini enak dihidang bagi melegakan kehausan ketika cuaca panas. Selamat mencuba.