1) Pasta lasagne - masak hingga lembut (secukupnya)
2) Cendawan butang - dihiris nipis (8 biji)
3) Daging cincang (2 oz)
4) Mentega (1/2 cawan)
5) Sos pomodoro (2 sudu besar)
6) Tuna dalam tin (1 cawan)
7) Susu segar (2 cawan)
8) Tepung gandum (1/2 cawan)
9) Keju parmesan (1/2 cawan)
10) Tomato puri (1/2 cawan)
11) Bawang besar - dicincang (1 biji)
12) Capers - dicincang (2 sudu besar)
13) Daun selasih - dicincang (2 sudu besar)
14) Bawang putih - dicincang (1 ulas)
15) Serbuk lada hitam (1 sudu besar)
16) Minyak zaiton (1 sudu besar)
17) Garam (secukup rasa)
Cairkan mentega dan tumis bawang besar. Apabila bawang layu, masukkan tepung. Kacau rata beberapa ketika.
Masukkan susu. Masak hingga adunan pekat.
Adunan ini dikenali sebagai roux yang selalunya digunakan untuk memekatkan sos. Apabila siap, ketepikan dahulu.
Seterusnya, tumis bawang putih.
Apabila naik bau, masukkan daging cincang, cendawan butang dan tuna.
Apabila daging empuk, perasakan dengan serbuk lada hitam, capers, daun selasih, garam, dan gula.
Sebatikan bahan dan masak hingga agak kering dan hancur.
Curahkan tomato puri serta adunan roux. Kacau rata. Masukkan sos pomodoro. Sebatikan semua bahan serta semua rasa.
Langkah seterusnya, sapu rata mentega pada acuan yang akan digunakan untuk membakar lasagne.
Atur kepingan pasta ke dalam acuan dan ratakan sos tuna.
Jika sukakan pasta lasagne yang agak garing apabila dibakar, kepingan pasta ini tidak perlu direbus sehingga lembut tetapi cukuplah sekadar separuh masak.
Untuk lapisan atas, tabur keju parmesan selepas lapisan sos sebelum menutupnya dengan kepingan lasagne.
Bakar dalam ketuhar pada suhu 200c lebih kurang 20 minit.
Apabila masak, keluarkan dari ketuhar dan biar 5 hingga 10 minit supaya lebih mudah dipotong.