1) Laksa kering (1 paket)
2) Ikan rebus (500g)
3) Daun kesum
4) Bawang merah (4 ulas)
5) Bunga kantan
6) Asam (4 keping)
7) Cili padi (6 biji)
8) Gula melaka (sedikit)
9) Belacan goreng (1 sudu kecil)
Didihkan air dan rebus laksa kering hingga lembut. Setelah lembut, angkat dan toskan airnya.
Kisar bawang merah, cili padi, belacan dan sedikit air hingga lumat. Masukkan ke dalam periuk dengan air.
Masukkan daun kesum, bunga kantan yang dibelah 4 serta asam keping.
Kisar isi ikan rebus hingga lumat. Masukkan ke dalam periuk dengan gula melaka.
Kacau sebati dan biar mendidih.
Laksa dihidang bersama telur rebus dan ulam-ulaman seperti timun, salad, daun kesum dan cili potong.