1) Pisang (1 sikat)
2) Tepung gandum (1 cawan)
3) Gula merah (1 cawan)
4) Telur (1 biji)
5) Kelapa parut (1/2 cawan)
6) Santan (1 cawan)
7) Garam (sedikit)
Cara membuatnya, lenyek pisang hingga hancur dan gaulkan dengan gula merah.
Apabila sebati, masukkan pula kelapa parut, diikuti dengan telur dan sedikit garam. Gaul hingga semua bahan sebati dan masukkan tepung gandum.
Setelah adunan sebati, sapukan sedikit minyak kepada loyang supaya kuih tidak melekat.
Kemudian, masukkan adunan tadi ke dalam loyang tersebut, ratakan dan kukus hingga adunan sedikit masak.
Sementara itu, gaul santan bersama sedikit garam dan 2 sudu tepung gandum. Gaul sebati dan pastikan tepung tidak berketul.
Apabila adunan masak, tuangkan campuran santan tadi ke atasnya. Kukus lagi hingga masak dan kuih talam pisang sedia untuk dihidang.