BAHAN-BAHAN UNTUK ADUNAN TEPUNG
1) Tepung pulut (2 cawan)
2) Santan (1 cawan)
3) Garam (secukup rasa)
4) Daun pisang
5) Minyak
BAHAN-BAHAN UNTUK INTI
1) Kelapa parut (2 cawan)
2) Gula merah (1 cawan)
3) Daun Pandan - diikat (1)
4) Garam (secukup rasa)
Membuat intinya.
Panaskan periuk. Masukkan sedikit air dan gula merah, kacau hingga cair.
Masukkan daun pandan dan biar mereneh.
Masukkan kelapa parut dan garam. Gaul sebati dan biar hingga kuahnya kering.
Tutup api dan biarkan sejuk.
Membuat adunan tepung:
Campurkan tepung pulut bersama garam. Masukkan santan sedikit demi sedikit sambil mengacau.
Masukkan air secukupnya. Gaul adunan membentuk doh.
Ambil sedikit doh dan leperkan. Masukkan inti dan bulatkan dengan kemas.
Di atas daun pisang, sapukan minyak kepada kuih dan bungkus kemas.
Kukus antara 15 hingga 20 minit atau hingga kuih masak.