1) Keledek (Beberapa ketul)
2) Tepung gandum (1 cawan )
3) Manisan dipotong dadu (1/2 keping)
4) Kelapa parut (1 cawan)
5) Garam (secukup rasa)
Kupas kulit ubi keledek dan kerat dua.
Masukkan ke dalam periuk diikuti dengan air dan garam.
Panaskan periuk dan tutup hingga ubi keledek empuk.
Apabila lembut, tumbuk keledek satu persatu hingga lumat dan masukkan ke dalam mangkuk.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul dengan keledek tumbuk hingga menjadi doh.
Bentukkan doh menjadi bulat kecil dan leperkan.
Masukkan manisan di tengah dan rapatkan tepi.
Masukkan kuih ke dalam air mendidih dan biar masak.
Sementara itu, gaulkan kelapa parut dengan sedikit garam hingga sebati.
Kuih akan terapung apabila masak dan bolehlah diangkat. Tos airnya dan letakkan ke kelapa parut. Golek-golek hingga kuih diliputi kelapa parut.