1) Kuey teow (200g)
2) Udang (100g)
3) Sotong (100g)
4) Tauge (1 cawan)
5) Daun kucai
6) Kicap pekat (2 sudu besar)
7) Kicap cair (2 sudu besar)
8) Bawang putih (2 ulas)
9) Bawang merah (4 ulas)
10) Cili merah (1 biji)
11) Tepung gandum (sedikit)
12) Garam (sedikit)
Pertama sekali, buat bawang goreng dahulu. potong halus bawang merah dan gaulkan dengan tepung gandum dan sedikit garam.
Setelah itu, panaskan minyak dan goreng bawang tadi hingga garing. Angkat dan toskan minyaknya.
Kemudian,rebus udang, angkat dan toskan airnya. Lakukan proses yg sama untuk sotong.
Seterusnya, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih yang dicincang hingga wangi, dan masukkan udang dan sotong rebus tadi.
Selepas itu, masukkan kuey teow, kicap cair dan kicap pekat. Gaul hingga semua bahan sebati.
Kemudian, masukkan air rebusan udnag dan sotong tadi sedikit demi sedikit sambil mengacau.
Setelah semua bahan sebati, masukkan daun kucai dan kacau hingga layu.
Akhir sekali, masukkan tauge dan cili merah. Kacau hingga sedikit layu dan semua bahan sebati. Kuey Tiaw Penang sedia untuk dihidang.