1) Sotong (6 ekor)
2) Beras pulut (1 cawan)
3) Halba (1/2 sudu kecil)
4) Halia (1/2 cm)
5) Daun pandan (3 helai)
6) Santan pekat (1 cawan)
7) Santan cair (3 cawan)
8) Gula (2 sudu besar)
9) Garam (secukup rasa)
Rendam beras pulut dan biar selama 1 jam. Campurkan dengan santan pekat dan sedikit garam. Kacau sebati.
Susun daun pandan di dalam periuk.
Isikan beras pulut ke dalam sotong hingga hampir penuh dan masukkan kepala sotong. Cucuk bahagian atas dengan lidi kecil. Masukkan ke dalam periuk.
Masukkan santan cair ke dalam periuk bersama air, halba, halia dan gula. Biar mendidih hingga kuah kering. Proses ini mengambil masa yang lama.
Setelah itu, ketupat sotong lemak bolehlah dihidang.