1) Ketam - dikerat dua (3 ekor)
2) Cili padi (6 biji)
3) Bawang merah (3 ulas)
4) Kunyit (1 inci)
5) Serai - diketuk (2 batang)
6) Santan (4 cawan)
7) Garam (sedikit)
Kisar cili padi, kunyit dan bawang merah bersama sedikit air hingga lumat.
Masukkan santan ke dalam periuk, diikuti dengan bahan yang dikisar tadi, ketam, serai dan garam.
Masak dengan api sederhana dan kacau sekali-sekala untuk mengelakkan santan berketul.
Didihkan hingga masak dan sedia untuk dihidang.