1) Ketam (3 ekor)
2) Bawang merah (4 ulas)
3) Bawang putih (1 ulas)
4) Lengkuas (1 hiris)
5) Kunyit (1 inci)
6) Halia (1cm)
7) Serai diketuk (1 batang)
8) Asam (1 keping)
9) Daun kunyit (1 helai)
10) Pes cili (4 sudu)
11) Belacan goreng (1 sudu)
12) Gula (secukup rasa)
13) Garam (secukup rasa)
Potong daun kunyit.
Tumbuk lengkuas hingga hancur. Tumbuk bersama halia dan kunyit. Setelah lumat, tumbuk juga bawang putih dan bawang merah. Campur garam supaya mudah lumat. Masukkan belacan goreng. Tumbuk sebati.
Masukkan bahan ditumbuk ke dalam periuk bersama 3 cawan air, pes cili, serai dan asam keping.
Biar hingga mendidih dan mereneh 10 minit supaya pes cili masak.
Masukkan daun kunyit, gula dan ketam.
Biar mereneh hingga ketam masak dan hidang.