1) Daging (200g)
2) Ubi kentang - dibelah empat (1 biji)
3) Rempah kerutuk (4 sudu besar)
4) Kerisek (3 sudu besar)
5) Bawang putih (2 ulas)
6) Bawang merah (2 ulas)
7) Halia - dihiris halus (1 inci)
8) Bawang besar - dibelah empat (1 labu)
9) Santan (4 cawan)
10) Garam (sedikit)
11) Minyak untuk menumis (sedikit)
Cara-caranya, panaskan minyak dan tumis bawang putih yang dipotong halus hingga naik bau, diikuti dengan bawang merah yang juga dipotong halus. Setelah bawang besar layu, masukkan halia dan kacau lagi hingga wangi.
Kemudian, masukkan rempah kerutuk. Kacau sehingga pecah minyak.
Setelah itu, masukkan daging dan kacau sehingga empuk. Masukkan secawan santan cair, kacau seketika, tutup periuk dan biarkan mendidih supaya daging lebih cepat empuk.
Setelah daging empuk, masukkan baki santan diikuti dengan bawang besar, kentang dan kerisek. Biarkan mendidih dan kacau sekali-sekala bagi mengelakkan santan berketul.
Setelah pecah minyak, masukkan garam dan kacau hingga sebati dan biarkan hingga semua bahan empuk. Kemudian, bolehlah diangkat dan sedia untuk dihidang.