1) Ikan kerisi (4 ekor)
2) Zucchini (1 biji)
3) Cili kering (10 biji)
4) Bawang merah (3 ulas)
5) Bawang putih (2 ulas)
6) Serai (2 batang)
7) Asam (2 keping)
8) Halia (1 cm)
9) Kunyit (2cm)
10) Lengkuas (1cm)
11) Gula (secukup rasa)
12) Garam (secukup rasa)
Rendam cili kering yang dipotong kasar dengan air panas. Biar hingga lembut.
Kisar bawang putih, bawang merah, kunyit, cili kering, dan halia hingga lumat.
Kupas kulit zucchini dan potong kasar.
Masukkan bahan yang dikisar ke dalam periuk, bersama 3 cawan air. Masukkan asam keping, serai, dan lengkuas yang diketuk. Biar hingga mendidih.
Masukkan ikan, garam dan gula. Kacau sebentar dan masukkan zucchini. Didihkan hingga semua bahan empuk.