1) Perut (200g)
2) Daun kesum (8 tangkai)
3) Kacang panjang dipotong kasar (5 batang)
4) Bawang merah (4 ulas)
5) Halia (1cm)
6) Serai (1 batang)
7) Cili padi (4 biji)
8) Cili merah dipotong nipis (1biji)
9) Kelapa parut goreng tanpa minyak (1 cawan)
10) Santan pekat (1/2 cawan)
11) Jus limau nipis (1 biji)
12) Belacan goreng tanpa minyak (1 sudu kecil)
13) Serbuk lada hitam (1 sudu kecil)
14) Gula (secukup rasa)
15) Garam (secukup rasa)
Rebus perut hingga empuk. (Proses ini mengambil masa yang agak lama).
Sementara itu, celur kacang panjang hingga lembut, angkat dan ketepikan.
Potong nipis serai, halia, bawang merah, dan daun kesum.
Tumbuk bersama serai, halia, bawang merah, belacan, garam dan cili padi. Setelah lumat, ketepikan.
Setelah perut empuk, angkat dan potong nipis.
Campurkan perut bersama semua bahan. Gaul sebati dan hidang.