1) Tepung Naik Sendiri atau self-raising flour (100gm )
2) Serbuk Koko (50gm )
3) mentega (125gm)
4) Gula Kastor (125gm)
5) Telur (2 biji )
6) Coklat Masakan yang dicincang kasar (1/2 cwn )
7) cip coklat (50gm )
8) Susu Segar (1/2 cwn )
1. Pukul mentega dengan gula kastor sehingga putih dan kembang.
2. Kemudian Masukkan telur sebiji demi sebiji, dan pukul sehingga sebati.
3. Masukkan tepung naik sendiri bersama serbuk koko yang telah diayak terlebih
dahulu di selang-selikan bersama susu segar.
4. Akhir sekali masukkan coklat masakan dan cip coklat. Gaul hingga sebati.
5. Tuang adunan ke dalam acuan kek, yang telah disapu sedikit butter dan dilapik dengan kertas minyak terlebih dahulu.
6. Bakar pada suhu 160 C sehingga kek masak.
Kek Cip Coklat sedia untuk dihidang.