1) Dada ayam tanpa tulang - kiub 1 inci (8 ketul)
2) Madu (1/3 cawan)
3) Kicap (1/3 cawan)
4) Minyak sayuran (1/4 cawan)
5) Lada benggala - potong bersegi 2 inci (2 biji)
6) Bawang besar saiz kecil - potong 2 inci (3 biji)
7) Bawang putih - potong 2 (2 ulas)
8) Lada hitam (1/4 sudu kecil)
Mula-mula campurkan minyak, madu, kicap, dan lada hitam. Kacau hingga sebati.
Simpankan sedikit sos ini untuk direnjis ke atas kebab semasa proses membakar
Masukkan ayam, lada benggala, bawang putih dan bawang besar ke dalam sos tadi. Gaul rata sos tersebut bersama semua bahan dan kemudian perapkan sekurang-kurangnya 2 jam di dalam peti ais. Namun kebab ini akan lebih enak rasanya jika diperap lama.
Setelah siap diperap, cucuk ayam dan bahan-bahan yang lain berselang seli menggunakan pencucuk
Apabila siap, aturkannya di atas pemanggang yang telah dipanaskan. Panggang lebih kurang 12 hingga 15minit sehingga ayam tersebut benar-benar masak.
Balik-balikkan selalu dan sapukan bersama lebihan sos yang telah disimpan tadi.
Kebab ayam bermadu sedia untuk dihidang