1) Ayam (200g)
2) Bawang merah dihiris halus (6 ulas)
3) Bawang putih dihiris halus (2 ulas)
4) Halia dihiris halus (1 cm)
5) Serbuk kari (1/2 bungkus)
6) Santan (3 cawan)
7) Kerisik dicairkan (2 sudu)
8) Bunga Lawang (1 kuntum)
9) Kulit kayu manis (1 batang)
10) Daun kari (secukupnya)
11) Air asam jawa (secukupnya)
12) Garam (secukup rasa)
13) Minyak untuk menumis (secukupnya)
Tumis bawang putih, bawang merah dan halia hingga wangi.
Masukkan bunga lawang, kayu manis, dan rempah kari (dibancuh dengan sedikit air). Kacau hingga garing.
Masukkan daun kari, ayam, air asam jawa dan garam. Kacau hingga air ayam kering.
Masukkan santan. Biar mendidih hingga masak. Kacau untuk mengelak kuah berketul.
Masukkan kerisek dan kacau seketika sebelum dihidang.
Boleh juga dimasukkan kentang jika suka.