1) Sayur kangkung (300g)
2) Bawang merah (2 ulas)
3) Udang kering (1/2 sudu besar)
4) Cili merah (1 biji)
5) Belacan yang dibakar dan dtumbuk (secukup rasa)
6) Garam (secukup rasa)
7) Minyak untuk menumis (secukupnya)
Tumbuk udang kering, diikuti dengan bawang merah (dipotong kasar), cili merah (dihiris nipis), dan belacan. Tumbuk hingga sedikit lumat.
Tumis bahan ditumbuk hingga naik bau.
Masukkan sayur kangkung. Kacau hingga layu. Masukkan sedikit air jika terlalu kering.
Masukkan garam. Kacau sebati dan sedia untuk dihidang.