1) Daging lembu cincang (250 gm )
2) Telur (1 biji )
3) Tepung jagung (2 sudu besar )
4) Buah tomato (2 biji )
5) Bawang Besar (1 biji )
6) Bawang Putih (3 ulas )
7) Daun Ketumbar (1 ikat )
8) Serbuk ketumbar (1 sudu teh )
9) Serbuk lada sulah (1 sudu teh)
10) Tomato puri (1 sudu besar)
11) Minyak untuk menumis (sedikit )
12) Garam (secukup rasa. )
1. Gaul daging kisar bersama sedikit garam, serbuk ketumbar, telur dan tepung jagung. Kemudian Bulatkannya menjadi bebola daging. Ketepikan dahulu.
2. Kisar tomato, daun ketumbar, bawang besar, dan bawang putih bersama sedikit air.
3. Seterusnya, Panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi. Masukkan tomato puri dan lada sulah. Kacau seketika. Perisakan dengan garam. Biarkan ia mendidih.
4. Setelah itu, masukan bebola daging tadi. kacau perlahan-lahan. Biarkannya merenih seketika hingga bebola daging kelihatan masak dan bahan tumisan agak kering.
5. Kafta sedia untuk dihidang. Boleh juga taburkan daun pasli jika suka.