1) Kacang Buncis (200g)
2) Hati Ayam - dipotong kasar (2 keping)
3) Bawang Putih (2 ulas)
4) Halia (1 inci)
5) Bawang Merah (5 ulas)
6) Asam (1 keping)
7) Cili Padi (7 biji)
8) Cili Merah (1 biji)
9) Gula (sedikit)
10) Garam (sedikit)
Hiris nipis semua bahan kecuali hati dan asam keping.
Goreng kacang buncis hingga layu. Angkat dan ketepikan
Goreng hati ayam hingga bertukar warna dan masak. Angkat dan ketepikan.
Tumis bawang merah, diikuti dengan halia, bawang putih dan asam keping. Kacau hingga naik bau.
Masukkan cili padi, cili merah, garam dan gula.
Masukkan hati ayam dan kacang buncis. Kacau sebentar sebelum dihidang.