Bahan untuk Jejari Ikan
1) Filet ikan dori (1 keping)
2) Tepung gandum (2 1/2 cawan)
3) Air (1 liter)
4) Minyak untuk menggoreng (secukupnya)
5) Serbuk penaik (2 sudu besar)
6) Garam (1 sudu besar)
Bahan untuk Sos Masam Manis
1) Nenas - dipotong dadu (1/2 cawan)
2) Bawang bombay - dipotong nipis bulat (1/2 biji)
3) Bawang putih - dicincang (1 ulas)
4) Jus oren (1 cawan)
5) Minyak untuk menumis (sedikit)
6) Sos ikan (1 sudu besar)
7) Minyak bijan (1 sudu kecil)
8) Jus lemon (1 sudu besar)
9) Cuka (1/2 sudu besar)
10) Tepung jagung (1/2 sudu besar)
11) Gula (2 sudu besar)
12) Garam (1/2 sudu kecil)
Campur tepung gandum, serbuk penaik dan garam. Kacau rata dan curahkan air sedikit demi sedikit hingga adunan sebati dan tidak berketul.
Celup jejari filet ikan dalam adunan tepung.
Keluarkan dan campurkan ke dalam tepung. Salut rata.
Goreng sehingga garing keemasan. Apabila siap, angkat dan toskan minyaknya.
Untuk sos masam manis- tumis bawang putih sehingga wangi.
Masukkan bawang Bombay serta garam.
Apabila naik bau, masukkan nenas dan jus oren. Biarkan mereneh.
Curah jus lemon, cuka, minyak bijan, gula, dan sos ikan.
Apabila hampir masak, curah tepung jagung yang dicair bersama sedikit air. Masak beberapa ketika hingga sos pekat. Sesuaikan bahan perasa mengikut citarasa.
Curah sos masam manis di atas jejari ikan rangup.