1) Ikan cencaru (1 ekor)
2) Bawang merah (2 ulas)
3) Cili merah (2 biji)
4) Air asam jawa (secukup rasa)
5) Garam (secukup rasa)
6) Gula (secukup rasa)
7) Minyak untuk menggoreng (secukup rasa)
Gaulkan garam pada ikan yang sudah dibelah sedikit di belakang. Perap seketika.
Tumbuk cili, bawang merah, garam dan gula. Setelah lumat, masukkan air asam jawa pekat dan kacau sebati.
Masukkan bahan ditumbuk ke dalam belahan ikan.
Goreng ikan. Angkat dah hidang setelah garing.
Juga boleh dibakar jika suka.