1) Ikan kembung (1 ekor)
2) Bawang putih (4 ulas)
3) Asam keping (2 keping)
4) Lengkuas (4 hiris)
5) Garam (sedikit)
6) Air - untuk kuah (4 cawan)
7) Cili hijau (1 biji)
Ikan dibersih, dipotong 2 dan ditoskan.
Setelah itu, masukkan air, diikuti dengan lengkuas, bawang putih, dan asam keping ke dalam periuk.
Seterusnya, masukkan ikan diikuti dengan sedikit garam, biarkan mendidih dengan api sederhana.
Kemudian, tutup periuk supaya ikan masak dengan sempurna.
Setelah masak, masukkan cili api. Ikan singgang ini juga boleh dimasukkan kunyit hidup jika suka.