1) Ikan patin (200g)
2) Tempoyak (3 sudu)
3) Daun kesum
4) Cili merah (2 biji)
5) Cili padi (10 biji)
6) Serai diketuk (1 batang)
7) Halia (1 inci)
8) Kunyit dihiris (1 inci)
9) Daun kunyit - dipotong (1 helai)
10) Air asam jawa (1/2 cawan)
11) Gula (secukup rasa)
12) Garam (secukup rasa)
Tumbuk cili padi hingga sedikit hancur, diikuti dengan cili merah.
Setelah hancur, tumbuk bersama halia dan kunyit. Masukkan sedikit garam supaya lebih mudah hancur. (Boleh juga dikisar)
Setelah lumat, masukkan ke dalam periuk.
Tumbuk tempoyak. (Tumbuk sebentar sahaja supaya tidak berketul). Campur dengan sedikit air dan gaul sebati.
Masukkan tempoyak ke dalam periuk bersama 3 cawan air dan air asam jawa. Kacau rata.
Masukkan serai, daun kesum, dan daun kunyit.
Panaskan periuk, kacau sebati dan biar hingga kuah mendidih.
Masukkan ikan patin, garam dan gula. Kacau rata dan biar hingga ikan masak.
Untuk menyedapkan lagi hidangan, biarkan mereneh dengan api yang kecil hingga kuah pekat.