Bahan untuk Ikan bersalut Kentang Bakar
1) Filet ikan dori (1 keping)
2) Kentang - dibakar separuh masak dan disagat halus (2 biji)
3) Minyak zaiton (2 sudu besar)
4) Rempah cajun (1 sudu kecil)
5) Serbuk lada hitam (1 sudu kecil)
6) Garam (sedikit)
Bahan untuk Sos Mayonis pedas
1) Mayonis (1 cawan)
2) Minyak cili (1 cawan)
3) Mentega (1/2 cawan)
4) Sos cili thai (1/2 cawan)
5) Garam (sedikit)
Mula-mula sapukan sedikit minyak zaitun pada dulang pembakar.
Letakkan ikan dalam dulang pembakar, taburkan garam, rempah Cajun, dan kemudian atur rata kentang diatas ikan.
Kemudian taburkan pula serbuk lada hitam dan curah rata minyak zaitun di atasnya.
Bakar di dalam ketuhar pada suhu 250 darjah celcius dengan api penuh selama 30minit.
Sementara menunggu ikan tersebut, sediakan sosnya. Caranya mudah saja. Campurkan sahaja semua bahan iaitu mayonis, mentega, sos cili thai, garam dan minyak cili. Gaul rata sehingga semua bahan sebati. Ketepikan dahulu.
Setelah 15 minit, laraskan semula ketuhar menggunakan api atas dan tunggu sehingga ikan tadi masak.
Apabila ikan tadi telah masak, keluarkan dari ketuhar. Hidangkan bersama curahan sos mayonis pedas.
Selamat menikmati hidangan.