1) Filet ikan dori (1 keping)
2) Daun ketumbar (sedikit)
3) Mentega (2 sudu besar)
4) Serbuk kayu manis (1/4 sudu kecil)
5) Cayenne (1/2 sudu kecil)
6) Paprika (1/2 sudu kecil)
7) Garam (sedikit)
8) Pembalut aluminium - membungkus ikan
Letakkan filet ikan di dalam loyang yang dialas dengan pembalut aluminium.
Perasakan dengan garam, serbuk kayu manis, serbuk cili dan cayenne. Letakkan juga mentega dan daun ketumbar.
Bungkus filet ikan dengan pembalut aluminium.
Bakar pada suhu 250 darjah celcius dengan kepanasan maksimum selama 30 minit.