1) Ikan cencaru - dibersihkan (2 ekor)
2) Daun pisang (1 helai)
3) Bawang besar - dicincang kasar (1 biji)
4) Bawang putih - dicincang kasar (3 ulas)
5) Serai - diracik halus (1 batang)
6) Halia - dicincang (2 cm)
7) Cili padi (1/4 cawan)
8) Jus limau nipis (sedikit)
9) Serbuk kunyit (sedikit)
10) Minyak (sedikit)
11) Garam (sedikit)
Kisar bawang putih, bawang besar, halia serai dan cili padi hingga lumat.
Tumis bahan kisar bersama dengan kunyit, sedikit garam dan sedikit air.
Reneh hingga pecah minyak dan aromanya naik. Tambah jus limau nipis. Kacau sebati dan ketepikan.
Tabur rata sedikit garam pada permukaan ikan. Sumbat bahan-bahan tadi pada belahan perut ikan.
Sapu sedikit minyak pada dulang pembakar. Alas dengan daun pisang dan sapu sedikit minyak serta lebihan bahan sumbat pada permukaan daun pisang. Aturkan ikan.
Sapukan lebihan bahan sumbat ke atas permukaan ikan dan balut dengan daun pisang.
Bakar ikan pada suhu 230 darjah celcius dengan kepanasan maksimum selama 35 minit.