1) Telur rebus (6 biji)
2) Santan (3 cawan)
3) Bawang putih (1 ulas)
4) Bawang merah (4 ulas)
5) Kunyit (1 inci)
6) Lengkuas (2 hiris)
7) Halia (1 cm)
8) Asam (1 keping)
9) Pes cili (2 sudu besar)
10) Serbuk ketumbar (1 sudu kecil)
11) Cili padi - dicelur (sedikit)
12) Manisan (sedikit)
13) Garam (sedikit)
Kisar lengkuas, halia, bawang merah dan kunyit bersama sedikit air.
Masukkan santan, serbuk ketumbar dan pes cili ke dalam periuk.
Masukkan bahan kisar dan didihkan. Kacau sekali-sekala untuk mengelak santan berketul.
Masukkan asam keping dan manisan. Kacau seketika dan masukkan telur dan garam.
Biar mendidih.
Masukkan cili padi yang sudah dicelur. Kacau seketika dan hidang.