1) Nangka muda (200g)
2) Ikan bilis (1 cawan)
3) Cili padi - dibelah dua (6 biji)
4) Kunyit (2 inci)
5) Bawang merah (2 ulas)
6) Asam (1 keping)
7) Serai (1 batang)
8) Santan (2 cawan)
9) Garam (sedikit)
Potong kasar nangka dan masukkan ke dalam periuk dengan 3 cawan air.
Panaskan periuk dan didihkan hingga nangka lembut dan tos airnya.
Tumbuk kunyit hingga lumat diikuti dengan bawang merah dan sedikit garam.
Masukkan ikan ikan bilis dan tumbuk hingga lumat.
Masukkan santan ke dalam periuk, dengan nangka yang dicelur tadi, serai, asam keping, cili padi dan bahan-bahan yang ditumbuk tadi.
Didihkan hingga masak. Kacau sekali-sekala supaya santan tidak berketul.