1) Ikan tongkol (2 ekor)
2) Santan (3 cawan)
3) Bawang putih (1 ulas)
4) Bawang merah (4 ulas)
5) Lengkuas (1/2 cm)
6) Halia (1 cm)
7) Kunyit (2 cm)
8) Asam - untuk merebus ikan (10 keping)
9) Asam - untuk gulai (2 keping)
10) Cili padi - dicelur (2 sudu besar)
11) Pes cili (3 sudu besar)
12) Rempah kari ikan (2 sudu besar)
13) Manisan - untuk merebus ikan (1/2 keping)
14) Manisan - untuk gulai (sedikit)
15) Garam
Pertama sekali, rebus ikan tongkol bersama asam keping. Selang-selikan ikan dan asam keping, kemudian masukkan 2 cawan air dan taburkan manisan serta garam.
Panaskan periuk dan tutup. Biarkan hingga ikan masak. Sementara itu, kisar lengkuas, halia, kunyit, bawang putih serta bawang merah bersama sedikit air.
Setelah itu, masukkan santan ke dalam periuk dan panaskan. Kacau hingga santan mendidih.
Seterusnya, masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi diikuti dengan rempah kari ikan yang digaul dengan sedikit air.
Masukkan juga pes cili. Kacau hingga sebati dan biarkan mendidih.
Kemudian, masukkan manisan diikuti dengan asam keping dan garam. Kacau hingga sebati.
Apabila mendidih, masukkan ikan. Kacau sekali-sekala untuk mengelakkan santan berketul dan didihkan hingga pecah minyak.
Akhir sekali masukkan cili padi yang dicelur. Kacau seketika dan gulai ikan tongkol sedia untuk dihidang.