Filet Ikan bersalut Tepung
1) Filet ikan (2 keping)
2) Tepung (1 cawan)
3) Ais kosong (1 cawan)
4) Serbuk kunyit (sedikit)
5) Garam
6) Serbuk lada putih
Sos Beurre Blanc
1) Bawang merah (3 ulas)
2) Marjerin (2 sudu besar)
3) Cuka (1 sudu besar)
4) Garam
Filet Ikan bersalut Tepung
Kaedahnya, gaulkan tepung bersama ais kosong. Masukkan garam, lada putih dan kunyit, kemudian kacau. Pastikan adunan tersebut benar-benar likat dan boleh menyaluti filet ikan tersebut.
Selepas itu panaskan minyak, celupkan ikan di dalam adunan tepung dan goreng.
Berhati-hati ketika membalikkan ikan kerana filet ikan tersebut mudah hancur. Tunggu sehingga ianya benar-benar garing.
Angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan untuk membuat sosnya.
Sos Beurre Blanc
Mula-mula, cincang bawang merah.
Kemudian panaskan periuk, masukkan cuka, bawang merah, dan biarkan airnya berkurang sehingga 1/3.
Menggunakan api sederhana, masukkan marjerin, kacau dan masukkan sedikit garam.
Apabila masak, tapis sos tersebut.
Beurre blanc sedia untuk dihidang sebagai pencicah.
Filet ikan bersalut tepung lebih lengkap dihidang bersama sajian sampingan lain. Anda dicadangkan merujuk video kaedah membuat kentang wedges serta terung goreng bersama keju mozzarella.
Aturkan sajian tersebut di atas pinggan dan kemudian curahkan sos beurre blanc di atasnya. Fish and Chips sedia untuk dihidang.