1) Isi ayam - tanpa tulang dan potong memanjang (500g)
2) Roti perancis - dipotong nipis (1/2 batang)
3) Telur (1 biji)
4) Tepung gandum (1 cawan)
5) Susu segar (3/4 cawan)
6) Yogurt (1/2 cawan)
7) Serbuk mustard (1 sudu kecil)
8) Kiub pati ayam (1 ketul)
9) Serbuk lada putih (sedikit)
Langkah penyediaannya, bakar roti perancis lebih kurang 5 hingga 6 minit sehingga rangup dan berwarna keemasan.
Sementara itu, campurkan susu, yoghurt, telur, serbuk lada putih, mustard dan juga kiub pati ayam. Kacau sebati campuran bahan ini dan ketepikan seketika.
Roti perancis yang telah siap dibakar tadi, kemudiannya dikisar sehingga hancur.
Seterusnya, salutkan ayam bersama tepung, diikuti dengan campuran adunan yang dibuat tadi. Ulangi proses ini sekali lagi. Akhir sekali salut rata dengan serbuk roti perancis.
Apabila semuanya telah siap, panaskan minyak dan kemudian goreng ayam ini sehingga garing keemasan..
Filet ayam goreng yang rangup ini enak dihidang bersama sos pencicah. Selamat mencuba.