1) Daging - dihiris nipis (300g)
2) Bawang Putih - dihiris nipis (3 ulas)
3) Bawang Merah - dihiris nipis (1 ulas)
4) Halia - dihiris nipis (1 cm)
5) Lengkuas - dihiris nipis (1 cm)
6) Cili kering - buang biji dan kerat memanjang (3)
7) Asam (2 keping)
8) Serai - diketuk (1 batang)
9) Belacan bakar - cairkan bersama sedikit air (2cm)
10) Ketumbar (1 sudu teh)
11) Serbuk lada hitam (1/2 sudu teh)
12) Air secukupnya
13) Gula dan garam (sedikit)
Kaedahnya sangat mudah, curahkan air secukupnya ke dalam periuk dan masukkan daging yang telah dibasuh bersih diikuti dengan semua bahan-bahan yang lain - bawang merah, bawang putih, ketumbar, lengkuas, halia, cili kering, asam keping, serai, serbuk lada hitam, belacan, garam dan gula.
Seterusnya, biarkan sahaja kuah tersebut mereneh dan dagingnya empuk..
Daging singgang dah pun siap. Mudah saja kan? Selamat mencuba!