1) Daging (300g)
2) Tomato direbus dan dibuang kulit (2 biji)
3) Santan pekat (1 cawan)
4) Daun salam (1 helai)
5) Bawang merah dihiris nipis (3 ulas)
6) Bawang putih ditumbuk (1 ulas)
7) Cili merah dihiris nipis (3 biji)
8) Gula (secukup rasa)
9) Garam (secukup rasa)
10) Serbuk lada putih (secukup rasa)
Hancurkan tomato.
Tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga wangi.
Masukkan cili merah, daging, tomato, gula, garam dan lada putih.
Apabila mendidih, masukkan daun salam dan santan. Masak hingga daging empuk.