1) Daging (300g)
2) Kelapa parut - goreng tanpa minyak (1 cawan)
3) Serai (2 batang)
4) Bawang putih (2 ulas)
5) Bawang merah (4 ulas)
6) Cili merah (4 biji)
7) Cili padi (5 biji)
8) Ketumbar (1/2 sudu)
9) Air asam jawa (sedikit)
10) Serbuk kunyit (1/2 sudu)
11) Serbuk lada sulah (1 sudu kecil)
12) Manisan (sedikit)
13) Garam
Daging dipotong dadu.
Kisar cili padi dan cili merah bersama sedikit air hingga lumat.
Tumis bawang putih hingga wangi diikuti dengan bawang merah.
Apabila bawang merah garing, masukkan cili kisar tadi dan kacau hingga pecah minyak.
Masukkan lada sulah, ketumbar dan serbuk kunyit.
Masukkan daging, kacau hingga kering dan masukkan air asam jawa.
Masukkan halia dan serai yang diketuk. Kacau sebentar dan masukkan 2 cawan air.
Biarkan mendidih hingga daging empuk. Jika air kering dan daging belum empuk, tambahkan air suam.
Masukkan garam dan manisan. Kacau hingga manisan cair dan masukkan kerisek.
Masukkan kelapa parut goreng dan kacau hingga pecah minyak dan kuah kering.