1) Daging dipotong besar (500g)
2) Serai (2 batang)
3) Halia dihiris nipis (1 inci)
4) Cili merah dipotong kasar (2 biji)
5) Cili padi dihiris nipis (6 biji)
6) Limau nipis (2 biji)
7) Bawang merah dihiris nipis (6 ulas)
8) Belacan goreng (1 sudu kecil)
9) Asam Jawa (1 sudu)
10) Garam (secukup rasa)
Masukkan daging ke dalam periuk bersama dengan 3 cawan air, serai (diketuk), hirisan halia, dan garam. Biar mendidih hingga daging empuk. Proses ini mengambil masa yang agak lama.
Sediakan air asam:
Tumbuk cili merah hingga lumat. Masukkan belacan goreng, tumbuk dan masukkan garam. Tumbuk hingga sebati.
Masukkan ke dalam mangkuk dan campur dengan asam jawa yang dicairkan dengan sedikit air, cili padi dan bawang merah. Gaul sebati.
Perahkan jus limau nipis ke dalam mangkuk dan gaul rata.
Setelah daging tadi empuk, curahkan sedikit air rebusannya kepada air asam.
Potong nipis daging merentangi uratnya supaya mudah dikunyah. Hidang.