1) Daging kambing (1 potong)
2) Daun rosemary (10g)
3) Kentang (2 biji)
4) Bacon daging (10g)
5) Krim masam (1 sudu besar)
6) Terung (1/2 biji)
7) Zucchini (1/2 biji)
8) Lada benggala (1/2 biji)
9) Bawang putih - dicincang (3 ulas)
10) Sos perang (30ml)
11) Whip cream (10ml)
12) Mentega (5g)
13) Minyak
14) Serbuk paprika
15) Serbuk lada putih
16) Garam
Bagi menyediakan kentang bakar, campurkan minyak, garam, paprika dan serbuk lada putih.
Kacau rata dan gaulkan kentang bersama bahan tadi. Kemudian, gunakan pembalut aluminium dan bungkus kentang.
Setelah siap, bakar dalam ketuhar pada suhu 180 darjah celcius selama 45 minit
Sementara menunggu kentang masak, perapkan daging bersama garam, serbuk lada putih, paprika, minyak dan juga daun rosemary. Ketepikan untuk seketika
Ratakan garam serta serbuk lada putih bersama zucchini, terung dan lada benggala. Goreng sayur-sayuran tersebut sehingga bertukar warna tanpa menggunakan minyak
Setelah itu, bolehlah masakkan daging yang diperap tadi. Masak daging tersebut sehingga benar-benar empuk.
Seterusnya, sediakan sos rosemary. Tumiskan bawang putih dan daun rosemary sehingga wangi. Kemudian, curahkan sos perang, diikuti dengan whip cream.
Kacau rata dan tambahkan garam, serbuk lada putih dan akhir sekali masukkan mentega. Masak sos sehingga pekat.
Setelah kentang yang dibakar tadi masak, keluarkan. Potong bentuk x di bahagian atas kentang.
Kemudian, picit bahagian bawah kentang tersebut sehingga merekah. Letakkan krim masam di tengah-tengah rekahan dan taburkan bacon daging diatasnya.
Daging panggang bersos rosemary bersama sayur dan kentang bakar sedia untuk dihidang.