1) Daging dipotong dadu (300g)
2) Cendawan butang dipotong nipis (4 biji)
3) Bawang merah dicincang halus (4 ulas)
4) Bawang putih dicincang halus (2 ulas)
5) Cili (2 biji)
6) Tomato dipotong kasar (1 biji)
7) Kicap masin (3 sudu)
8) Serbuk lada sulah (1/2 sudu kecil)
Masukkan daging dan 2 cawan air ke dalam periuk. Biarkan mendidih hingga daging empuk.
Tumis bawang putih hingga naik bau, diikuti dengan bawang merah.
Apabila sedikit garing, masukkan cendawan dan goreng hingga layu.
Masukkan cili, tomato, dan serbuk lada sulah. Kacau hingga layu dan masukkan kicap masin.
Setelah daging empuk, masukkan ke dalam kuali bersama air rebusannya. Didihkan hingga kuah pekat dan tomato hancur.