1) Dada ayam - perap dengan sos perapan berlemon 2 jam (3 ketul)
2) Sos BBQ klasik (1 cawan)
3) Bawang putih - dibakar dan dicincang (3 ulas)
4) Thyme (1 sudu kecil)
5) Rempah all-spice (1 sudu kecil)
6) Serbuk lada hitam (1/2 sudu kecil)
7) Garam (1/2 sudu kecil)
Bakar ayam yang telah diperap dengan sos perapan berlemon pada suhu 250 darjah celcius selama 20 minit
Sediakan sos bbq bawang putih- campur sos bbq klasik bersama bawang putih, thyme, rempah all-spice, garam, dan serbuk lada hitam. Gaul sebati semua bahan dan ketepikan.
Ketika ayam separa masak, keluarkan seketika dan sadurkannya dengan sos bbq bawang putih tadi.
Bakar lagi dengan masa yang selebihnya sehingga ayam dan sos masak sebati.
Apabila cukup 20 minit, segera keluarkan dari ketuhar dan dada ayam bakar bersos BBQ bawang putih sedia untuk nikmati.