1) Tepung gandum (2 cawan)
2) Udang dibuang kulit (100g)
3) Roti (2 keping)
4) Telur (1 biji)
5) Bawang besar dihiris nipis (1/2 biji)
6) Cili merah dihiris halus (2 biji)
7) Daun bawang
8) Serbuk penaik (1/2 sudu teh)
9) Serbuk kunyit (secukup rasa)
10) Garam (secukup rasa)
Lembutkan roti dengan 1 cawan air panas. Biar seketika.
Hancurkan roti. Masukkan garam dan telur. Kacau seketika. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit.
Masukkan serbuk penaik dan gaul sebati. Tambah air jika adunan kering.
Apabila sebati, masukkan serbuk kunyit, hirisan cili, bawang besar, daun bawang, dan udang. Gaul sebati.
Goreng adunan hingga garing.
Hidang cucur udang bersama sos cili.