1) Daging kisar (100g)
2) Bawang besar dicincang kasar (1 biji)
3) Bawang besar (1/2 biji)
4) Saderi dihiris (1 batang)
5) Batang bawang dihiris (1 batang)
6) Lobak dipotong dadu (1/2 biji)
7) Putih telur (3 biji)
8) Serbuk lada putih (secukup rasa)
9) Garam (secukup rasa)
Bakar ½ biji bawang besar di dalam kuali tanpa minyak. Biar hingga agak hangus.
Campurkan daging bersama saderi, batang bawang, lobak, bawang besar (dicincang), dan putih telur. Gaul sebati.
Panaskan air di dalam periuk. Masukkan adunan dan bawang yang dibakar tadi.
Sup ini tidak perlu dikacau. Biarkan mereneh dan bahan-bahan terapung.
Apabila masak, perlahan-lahan tapis sup dan ambil airnya sahaja.
Panaskan semula sup yang telah ditapis dan tambahkan garam dan serbuk lada putih.