Chicken Chop
Mula-mula, tabur dan ratakan garam serta serbuk lada putih bersama peha ayam
Selepas itu, gaulkan ayam tersebut di dalam tepung diikuti dengan telur.
Akhir sekali, gaulkan pula di dalam serbuk roti sehingga rata.
Seterusnya, panaskan minyak dan goreng ayam tersebut sehingga garing.
Apabila ianya benar-benar masak dan garing, angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan dahulu untuk membuat sajian sampingan seterusnya.
Terung dan Zucchini Goreng
Mula-mula, hiriskan zucchini kuning, zucchini hijau dan terung.
Selepas itu, didihkan air bersama sedikit garam kemudian masukkan zucchini kuning. Masak sehingga lembut.
Kemudian angkat dan rendam di dalam ais kosong supaya sayur tersebut tidak terlebih masak.
Setelah itu toskan airnya.
Ulangi proses tersebut untuk memasak zucchini hijau dan terung. Sayur-sayuran ini tidak direbus bersama bagi mengekalkan keaslian rasa dan warna setiap sayuran tersebut.
Cairkan marjerin dan goreng sayuran tersebut sekaligus. Masukkan sedikit garam dan serbuk lada hitam.
Sajian ini siap untuk dihidang bersama ayam goreng tadi. Tapi, Chicken Chop masih belum lengkap jika tiada sosnya.
Sos Cendawan
Mula-mula, cincang bawang putih dan hiris nipis cendawan.
Kemudian, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih sehingga wangi.
Masukkan cendawan, kacau, dan curahkan sos perang.
Apabila mendidih, masukkan marjerin dan kacau rata dengan api yang sederhana.
Apabila sedikit suam, tambahkan krim dan kacau lagi sehingga sos benar-benar pekat dan sebati.
Sekarang, sos cendawan sudah pun siap dimasak.