1) Salad campuran (50g)
2) Roti - dipotong kiub (50g)
3) Mentega (10g)
4) Filet ikan bilis (5g)
5) Bawang putih - dicincang (2 sudu besar)
6) Jus lemon (1/2 cawan)
7) Kuning telur (1 biji)
8) Minyak zaiton (150ml)
9) Keju parmesan - parutan (2 sudu besar)
10) Serbuk lada putih (sedikit)
11) Garam (sedikit)
Kaedahnya, cairkan mentega dan goreng kiub roti
Goreng sehingga garing dan rangup. Kemudian angkat dan ketepikan.
Seterusnya, hancurkan filet ikan bilis
Kemudian masukkan bawang putih, kuning telur, jus lemon dan perlahan-lahan masukkan minyak zaiton. Pukul sehingga adunan sebati.
Tambahkan secubit garam dan serbuk lada putih.
Setelah itu, curahkan adunan tersebut ke atas salad campuran… dan gaul rata.
Akhir sekali, hidangkan salad campuran tersebut bersama kiub roti tadi dan taburkan parutan keju parmesan.
Caesar Salad enak dimakan ketika kiub roti masih garing dan rangup.