1) Beras (1 cawan)
2) Dada Ayam - dipotong kecil (1 ketul)
3) Serai (2 batang)
4) Daun Pandan (2 helai)
5) Bawang Besar - dicincang kasar (1 biji)
6) Sayur Campur (1 cawan)
7) Lada Hitam (1 sudu kecil)
8) Rempah Sup (1 sudu besar)
9) Cengkih ( 6 biji)
10) Bunga Lawang (3 kuntum)
11) Kayu Manis (1 batang)
12) Pelaga (4 biji)
13) Santan (1 cawan)
14) Udang Kering (1/2 cawan)
15) Kacang Tanah - ditumbuk separuh hancur (1/2 cawan)
16) Halia - dihiris nipis (1 ulas)
17) Cili Merah - dihiris nipis (1 biji)
18) Daun Sup (sedikit)
19) Bawang Goreng (hiasan)
20) Garam (secukup rasa)
21) Minyak untuk menumis (1/4 cawan)
Tumis bunga lawang, cengkih, buah pala, dan kayu manis hingga wangi. Diikuti dengan bawang besar. Tumis lagi hingga bawang layu dan naik bau.
Masukkan ayam, kacang tanah, udang kering, dan bawang putih. Perasakan dengan rempah sup, lada hitam, dan serai.
Masukkan beras, air secukupnya, daun pandan, dan garam secukup rasa.
Gaul rata semua bahan yang telah dimasukkan tadi. Biarkannya mereneh beberapa ketika.
Setelah kuah kelihatan kering dan beras hancur, curahkan santan dan masukkan sayur campur.
Gaul dan masak beberapa ketika lagi sehingga bahan dan semua rasa teradun sebati.
Hidang bersama hirisan daun bawang, bawang goreng serta cili merah.