1) Kacang hijau (300g)
2) Manisan - dipatahkan (1 keping)
3) Daun pandan - dicarik dan diikat (1 helai)
4) Santan (4 cawan)
5) Garam (sedikit)
Masukkan kacang hijau dan 5 cawan air ke dalam periuk. Rebus hingga lembut.
(Proses ini memakan masa yang agak lama. Jika air sudah kering dan kacang belum lembut, tambahkan lagi air.)
Masukkan santan, daun pandan, manisan, dan sedikit garam. Kacau hingga sebati.
Biar mendidih dan kacau sekali-sekala supaya santan tidak berketul.