1) tepung gandum (500g )
2) gula halus (80g )
3) minyak sapi (125g )
4) kacang tanah (300g )
5) gula halus (70g )
6) pewarna hijau (sedikit)
Cara membuat inti:
1. Goreng kacang tanah terlebih dahulu.
2. Kemudian keluarkan kulit kacang tanah tersebut dan tumbuk kasar.
3. Masukkan kacang tanah ke dalam bekas, tambahkan gula halus dan kacau sebati.
Untuk membuat doh:
1. Panaskan minyak sapi sehingga cair terlebih dahulu.
2. Masukkan tepung gandum ke dalam bekas, dan campurkan dengan minyak sapi tadi.
3. Masukkan pewarna dan gaul hingga menjadi doh.
4. Kepal sedikit doh dan masukkan inti kacang tadi ke dalamnya dan bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 20-25 minit.
5. Setelah sejuk, taburkan gula halus diatasnya dan sedia untuk dihidang.