1) gula halus (200 gm)
2) mentega (200 gm )
3) tepung kastad (350 gm)
4) tepung gandum (50 gm)
5) kuning telur (1 biji )
6) Chocolate Coloured rice untuk hiasan
1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
2. Masukkan kuning telur, dan gaul hingga rata.
3. Kemudian, Masukkan tepung kastad sedikit demi sedikit, serta tepung gandum.
4. Uli menjadi doh bulat, dan simpan di dalam peti ais untuk menggeraskan doh.
4. Apabila doh telah keras, parut doh ke dalam bekas, dan tabur chocolate coloured rice sebagai hiasan.
5. Bakar dengan suhu 150 darjah celcius selama 10 minit, sehingga masak.
Biskut sarang semut sedia untuk dihidang.