1) kacang tanah. Kacang tanah ini digoreng tanpa minyak atau panggang dalam oven selama 1/2 jam. (1 cawan)
2) gula aising (3/4 cawan )
3) tepung gandum (2 cawan )
4) minyak masak (3/4 cawan )
5) garam halus (1/2 sudu kecil )
6) pewarna kuning (sedikit )
7) 1 biji kuning telur, dan almond nibs, sebagai hiasan
1. Gaulkan kesemua bahan sehingga sebati
2. Kemudian masukkan minyak sedikit demi sedikit sambil digaul.
3. Bentukkan doh mengikut bentuk yang disukai. Sapukan sedikit kuning telur di permukaan atasnya, dan letakkan almond nibs.
4. Akhir sekali, Bakar pada suhu 160-180 darjah celcius, selama 15 hingga 20 minit atau hingga masak
Biskut kacang sedia untuk dihidang.