1) bihun (300g )
2) isi ayam (100g)
3) bawang putih (3 ulas)
4) cendawan butang (50g)
5) cili padi (5 biji )
6) bunga kubis (100g )
7) tepung jagung dicairkan bersama sedikit air (1 sudu kecil)
8) kicap pekat ( 1 sudu besar )
9) kicap cair (1 sudu besar )
10) garam (sedikit )
11) minyak untuk menumis (sedikit)
12) air (secukupnya untuk kuah)
1) Mula-mula panaskan minyak dan goreng ayam bersama sedikit garam hingga ayam empuk.
2) Kemudian masukkan bawang putih dan tumis hingga naik bau.
3) Seterusnya masukkan pula cendawan butang, cili padi, bunga kobis, kicap cair dan kicap pekat.
4) Kacau beberapa ketika dan masukkan air tepung jagung serta air secukupnya untuk kuah.
5) Biarkan sehingga mendidih dan kemudian masukkan bihun. Masak beberapa ketika supaya bihun tersebut lembut dan sebati bersama semua rasa. Anda boleh tambahkan bahan-bahan perasa mengikut citarasa.
6) Bihun ladna sedia untuk dinikmati. Selamat menjamu selera