1) Bihun (100g)
2) Udang (100g)
3) Isi ayam (100g)
4) Pes tomyam (2 sudu)
5) Daun limau purut (1 helai)
6) Serai (1 batang)
7) Bawang besar (1/2 biji)
8) Brokoli (secukupnya)
9) Bunga kobis (secukupnya)
Celur bihun hingga lembut. Angkat dan toskan airnya.
Didihkan air dan masukkan pes tomyam. Kacau.
Masukkan bawang besar (dipotong kasar), serai (diketuk), daun limau purut, dan isi ayam (potong kecil). Biar hingga mendidih.
Masukkan udang bersama air rebusannya, brokoli, bunga kobis, dan garam.
Biar mendidih sebelum dihidang.