1) Bihun dicelur (100 gram )
2) Isi ayam (100g)
3) Sawi (3 batang)
4) Bawang putih (2 ulas)
5) Bawang merah (2 ulas)
6) Halia dihiris halus (1 cm)
7) Telur (1 biji)
8) Serbuk lada sulah (1/2 sudu teh)
9) Air (6 cawan)
10) Gula (secukup rasa)
11) Garam (secukup rasa)
12) Minyak untuk menumis (secukupnya)
Potong halus 1 ulas bawang putih.
Potong kecil isi ayam.
Di dalam periuk, masukkan air, ayam, bawang putih, halia dan garam. Biar hingga mendidih.
Sementara itu, potong sawi, cincang halus bawang, dan mayang bawang merah.
Setelah air rebusan mendidih, alihkan dan biar sementara.
Tumis bawang putih, diikuti dengan bawang merah hingga garing.
Masukkan ayam rebus, garam, gula, dan keseluruhan air rebusan ayam. Tutup kuali dan biar hingga mendidih.
Masukkan sawi dan telur. Kacau perlahan-lahan hingga sawi layu.
Masukkan bihun dan kacau sebati.
Hidang bersama kicap cili potong dan diperah asam limau.